27 November, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah untuk seluruh umat islam di Bumi Allah ini.

"Ya Allah, seketika di Akhir Tahun ini Engkau Munculkan Tahun Baru yg Ceria & Engkau Muliakan & Sayangi Penerima Ucapan ini, Berkati Keluarganya, Sihatkan Tubuh Badannya, Limpahkan Rezekinya, Jauhkan daripada Fitnah, Penganiayaan & Penghinaan, Suburkan Benih Keimanan dengan Penuh Kasih Sayang Serta Taqwa Tanpa Alasan. Makbulkan Cita2nya yg Murni. Amin Ya Rabbal A'lamin.."


Sama-samalah kita mengharungi tahun baru dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan satu peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku beberapa peristiwa iaitu:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Terima Kasih Tawau Classic Bike Club. Ilmu yang baik bermanfaat jika dipanjangkan. InsyaAllah....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

RIZZNA said...

Syaitan menangis bila buku catatannya selama setahun dipadamkan....... tapi, berjaga2 kerana si Syaitan akan mencatat segala kejahatan yang lebih dasyat lagi. Minta dijauhkan.......
Amin ya-Rabbal A'lamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...